Tolong klik ye. Membantu kan amalan mulia ^_^

Showing posts with label Indahnya Iman. Show all posts
Showing posts with label Indahnya Iman. Show all posts

Thursday, May 27, 2010

Pemakaian Sanggul Tinggi

1 flying words
Sekarang ni menjadi-jadi kan pemakaian sanggul tinggi ni. 

(Gambar hiasan)


Persoalannya, haram ke tak??? 


Ini ada sedikit ulasan.Luangkan masa anda untuk membaca ye. 
Sama-samalah kita mengambil manfaat dan mengingatkan yang lain. 
Wallahualam




Ingatan kepada semua, wanita yang tidak menutup aurat adalam dosa dan haram perbuatan tersebut. Wanita yang bersanggul tinggi yang tidak menutup aurat adalah dosa dan haram sepertimana dinyatakan oleh hadis yang pertama di atas. Masalah ini beza dengan wanita yang bertudung, tetapi mempunyai sanggul tinggi di dalam tudungnya.





Masalah sanggul rambut tinggi seperti bonggol unta ini mestilah dilihat dari tujuannya. Kenapa disanggulkan rambut tersebut? Adakah ia untuk diperlihatkan kepada orang ramai? Adakah untuk menjadikan dirinya cantik? Atau sebagainya. Menurut saya, kalau sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain. 


Malangnya wanita Islam sekarang ini tidak tahu maksud perhiasan yang dibenarkan dalam Islam. Ada wanita yang memakai pakaian biasa di rumah dan hadapan suaminya dengan alasan tidak bergaya disebabkan duduk di rumah sahaja, senang nak buat kerja rumah dan sebagainya. Tetapi apabila wanita tersebut keluar rumah dengan pakaian serba cantik dan memakai minyak wanginya hampir sebatu bauannya sehingga menarik perhatian orang lain. Inilah yang dikatakan haram walaupun niatnya betul dan berpakaian kemas dan cantik.


Sanggul tinggi adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. Harus bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya.


Jika dilihat dari trend orang sekarang ini berfesion seperti sanggul tinggi dan fesion tudung yang semakin hari semakin menjadi-jadi fesion tersebut. Pendapat saya, jika fesion tersebut tidak melanggar hukum Islam atau syariat Islam tidak menjadi masalah. Kalau ia melanggar syariat Islam walaupun bertudung, tetapi berpakaian ketat seolahnya bertelanjang sepertimana yang ada sekarang, maka itu menjadi haram. Hadis Nabi Muhammad yang bermaksud :





“Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim).


Renung-renungkan ye.

Sunday, March 28, 2010

Wanita Solehah

0 flying words


Raut wajah berhias cahaya 
Tutur kata selembut sutera 
Haus iman karena taqwa 
Itulah ciri wanita solehah 
Dalam tafakkur ia berdoa 
Dengan lafadz lembut ia baca basmallah 
Seraya tunduk kepada Allah Taala 
Membuat ia kian pasrah kepada Allah semata 
Senja di telaga 
Bermahkotakan sinar kemuning dari pancarannya 
Hanya kepada Allah semata ia bertaqwa 
Hanya kepada Rabb tempat ia berkeluh kesah 
Dalam hati ia bertasbih 
Dalam raga ia berjanji 
Satu tujuan yang harus diraih 
Berjihad di jalan Allah selama hidup hingga mati 




Sumber : iLuvislam

Saturday, March 27, 2010

Wanita dan Lelaki ? ? ?

0 flying words


Ada yang kata lelaki tak boleh hidup tanpa wanita dan begitu juga sebaliknya. Betul ke?? 

Macam-macam persoalan tercipta tapi faktanya cuma satu, lelaki dan wanita saling memerlukan dan cinta itu adalah anugerah.

 Tapi dalam bercinta dan berkasih-kasihan, ingat batasnya perlu dijaga. 

Duhai kaum hawa. Ingatlah..

Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. 

Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak. 

Sebagai wanita, kita perlu bijak memilih ye. Supaya tak jadi hamba kepada cinta.

Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik
Amin ^_^



Sumber : iLuvislam

Monday, February 15, 2010

Valentine's Day : Antara Cinta Islam dan Cinta Kekasih

0 flying words

14 Februari. 

Tarikh keramat kononnya buat semua pasangan kekasih. Hari ni Miss TSD sendiri melihat berita jam 1.30 petang di TV3. Berpuluh anak muda di tangkap atas pelbagai adegan maksiat sempena sambutan hari kekasih di Malaysia ni. Tu baru yang tertangkap, yang selamat?? Masya ALLAH, tak sanggup nak hitung. 

Rasanya dah berjuta kali dah para pendakwah dan ulama' mengeluarkan pelbagai fatwa dan hukum tentang sambutan hari kekasih ni. Tapi malangnya, ramai yang tak tahu. Mungkin dah tahu dan buat-buat tak tahu kan. Takpelah, kerana sayangkan bangsa seISLAM,  Miss TSD ingin menyiarkan artikel berkenaan Valentine's Day ni.

Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan ‘supercalis‘ bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama Nasrani (kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine. Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan tuhannya dan sesama manusia. 

Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis From your Valentine.

Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa valentine adalah sempena hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.

Semoga anda semua mengambil iktibar!!!
Sedarlah wahai Umat Islam semuanya.

Mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini padahal ia adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..

Fikir-fikirkan.

Sunday, February 7, 2010

Manusia paling dekat dengan Allah ketika sujud solat

0 flying words





ialah meletakkan kepala di bumi. Ketika sujud, fikiran berada lebih rendah daripada hati. Ulama mengatakan bahawa sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT. 





IBLIS MENGGODA SUPAYA :
  1. Malas.
  2. Was-was.
  3. Terlupa bilangan rakaat.
  4. Bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya.
  5. Sentiasa hendak cepat.
  6. Hilang khusyuk dengan mata sentiasa menjeling ke kiri ke kanan.
  7. Telinga sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyian lain.
  8. Tidak dapat sujud lama kerana penat.

KELEBIHAN BERSUJUD :
  1. Mengelak penyakit pening atau migrain.
  2. Darah akan mengalir ke ruang udara dalam salur darah di kepala.

CARA SUJUD SEMPURNA :
  1. Turun ke bawah dengan tangan, meletakkan ia ke bawah sebelum lutut.
  2. Tapak tangan sama aras dengan kedua bahu.
  3. Tidak meletakkan (melebarkan) lengan di tanah seperti anjing.
  4. Meletakkan hidung dan dahi di atas bumi. Begitu juga dengan lutut. serta perut jari kaki.
  5. Menegakkan kaki dengan tumit berdiri tegak selari.
Semua anggota disebutkan tadi dipanggil sebagai anggota sujud yang menentukan sempurna atau tidaknya sujud seseorang sedang solat iaitu seperti mana diperintahkan Rasulullah SAW. 



Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


**Renung-renungkan sahabat**
Related Posts with Thumbnails
 

The Shawls Detective Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template