Tolong klik ye. Membantu kan amalan mulia ^_^

Thursday, May 27, 2010

Pemakaian Sanggul Tinggi


Sekarang ni menjadi-jadi kan pemakaian sanggul tinggi ni. 

(Gambar hiasan)


Persoalannya, haram ke tak??? 


Ini ada sedikit ulasan.Luangkan masa anda untuk membaca ye. 
Sama-samalah kita mengambil manfaat dan mengingatkan yang lain. 
Wallahualam




Ingatan kepada semua, wanita yang tidak menutup aurat adalam dosa dan haram perbuatan tersebut. Wanita yang bersanggul tinggi yang tidak menutup aurat adalah dosa dan haram sepertimana dinyatakan oleh hadis yang pertama di atas. Masalah ini beza dengan wanita yang bertudung, tetapi mempunyai sanggul tinggi di dalam tudungnya.





Masalah sanggul rambut tinggi seperti bonggol unta ini mestilah dilihat dari tujuannya. Kenapa disanggulkan rambut tersebut? Adakah ia untuk diperlihatkan kepada orang ramai? Adakah untuk menjadikan dirinya cantik? Atau sebagainya. Menurut saya, kalau sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain. 


Malangnya wanita Islam sekarang ini tidak tahu maksud perhiasan yang dibenarkan dalam Islam. Ada wanita yang memakai pakaian biasa di rumah dan hadapan suaminya dengan alasan tidak bergaya disebabkan duduk di rumah sahaja, senang nak buat kerja rumah dan sebagainya. Tetapi apabila wanita tersebut keluar rumah dengan pakaian serba cantik dan memakai minyak wanginya hampir sebatu bauannya sehingga menarik perhatian orang lain. Inilah yang dikatakan haram walaupun niatnya betul dan berpakaian kemas dan cantik.


Sanggul tinggi adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. Harus bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya.


Jika dilihat dari trend orang sekarang ini berfesion seperti sanggul tinggi dan fesion tudung yang semakin hari semakin menjadi-jadi fesion tersebut. Pendapat saya, jika fesion tersebut tidak melanggar hukum Islam atau syariat Islam tidak menjadi masalah. Kalau ia melanggar syariat Islam walaupun bertudung, tetapi berpakaian ketat seolahnya bertelanjang sepertimana yang ada sekarang, maka itu menjadi haram. Hadis Nabi Muhammad yang bermaksud :





“Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim).


Renung-renungkan ye.

1 flying words:

Che Cha on June 17, 2010 at 3:39 AM said...

Salam kawan.
Hehe. Saya suka dengan post awak yg ni. Sebenarnya, x kira la TREND ke apa ke. tapi SANGGUL TINGGI yg ngalahkan unta (zaman skrg ni kan~) mmg tak boleh. Kalau nak ikan rambot okay, tp xperlu rasanya diangkat tinggi2 kan.sanggul pon bleh je wat sanggul rendah. tu lah, harap2 semua gadis/wanita baca post awak ni. Pasni hope da takde trend sanggul tinggi (siap buat fake sanggul lagi tu?? fuh)

Sebab, nanti yg tukang jual sanggul tu dan pakai sanggul tu, dua2 pon tak baek nanti. Wallahualam. =)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

The Shawls Detective Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template