ialah meletakkan kepala di bumi. Ketika sujud, fikiran berada lebih rendah daripada hati. Ulama mengatakan bahawa sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT.
IBLIS MENGGODA SUPAYA :
- Malas.
- Was-was.
- Terlupa bilangan rakaat.
- Bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya.
- Sentiasa hendak cepat.
- Hilang khusyuk dengan mata sentiasa menjeling ke kiri ke kanan.
- Telinga sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyian lain.
- Tidak dapat sujud lama kerana penat.
KELEBIHAN BERSUJUD :
- Mengelak penyakit pening atau migrain.
- Darah akan mengalir ke ruang udara dalam salur darah di kepala.
CARA SUJUD SEMPURNA :
- Turun ke bawah dengan tangan, meletakkan ia ke bawah sebelum lutut.
- Tapak tangan sama aras dengan kedua bahu.
- Tidak meletakkan (melebarkan) lengan di tanah seperti anjing.
- Meletakkan hidung dan dahi di atas bumi. Begitu juga dengan lutut. serta perut jari kaki.
- Menegakkan kaki dengan tumit berdiri tegak selari.
Semua anggota disebutkan tadi dipanggil sebagai anggota sujud yang menentukan sempurna atau tidaknya sujud seseorang sedang solat iaitu seperti mana diperintahkan Rasulullah SAW.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
**Renung-renungkan sahabat**
0 flying words:
Post a Comment